Jurucakap SKMM memberitahu, pemeriksaan dilakukan ke atas semua kenderaan kakitangan dan pelawat yang keluar dari bangunan tersebut.

Difahamkan arahan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tiada dokumen milik kerajaan dibawa keluar dari mana-mana kementerian dan agensi dibawahnya.

Video oleh NORLIZA ABD. RAHMAN

Pihak media yang berkumpul di hadapan SKMM dimaklumkan oleh jurucakap tersebut tiada sebarang dilakukan di sini.

“Operasi di SKMM berjalan seperti biasa dan tidak ada mana-mana dokumen dibawa keluar oleh pihak berkuasa,” kata jurucakap SKMM di hari ini.

Semalam, polis menyerbu pejabat Peguam Negara (AG) dan mengambil beberapa dokumen penting berkaitan 1MDB untuk tujuan siasatan. - UTUSAN ONLINE