Wakil penduduk Carol Tan berkata, pihaknya terkejut apabila mengetahui kediaman mereka telah dirampas sejak tahun 2014 kerana didakwa tidak membayar cukai tanah dan memyifatkan tindakan tersebut adalah zalim.

“Ramai penduduk masih tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan nasib rumah mereka terumbang-ambing. Saya ingin jelaskan bahawa penduduk sentiasa membayar cukai tanah kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

“Mereka (JMB) yang tidak membayar kepada Pejabat Tanah (dan Galian),” katanya dalam sidang akhbar di pangsapuri tersebut, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ROSKHOIRAH YAHYA