Difahamkan, kawasan hutan yang sebahagiannya adalah tanah milik persendirian itu diratakan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan infrastruktur awam yang sudah bermula sejak Jun tahun lalu.

Penduduk mendakwa, projek itu bukan sahaja menjejaskan sumber air bersih malah menyebabkan kemusnahan alam sekitar berikutan kawasan itu diterokai secara tidak terkawal tanpa pemantauan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan projek itu telah dihentikan serta-merta selama dua minggu bermula Sabtu lalu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE