HAMDAN MANAP
HAMDAN MANAP 

Tinjauan Utusan Online di sebuah kampung yang terletak di persimpangan Bukit Broga itu mendapati sumber air dari paip utama tidak mengalir akibat masalah paip pecah yang kerap berlaku.

Menurut Hamdan Manap, 60, dia yang membesar di kampung itu sejak kecil lagi terlalu kecewa dengan masalah tersebut yang diibaratkan seperti tiada titik noktah.

“Sudah lah paip lama yang tidak pernah bertukar akhirnya yang jadi mangsa penduduk kampung. Saya juga sudah usulkan tentang perkara ini sejak dulu, namun, tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Kebetulan kawan saya datang jumpa mengeluh hendak buka kedai makan, tetapi air pula tiada. Adik tengok sendiri pakcik buka pili air ini langsung setitik tidak keluar, “ katanya ketika ditemui di kampung tersebut di sini.

Bagi Zaleha Sidek, 80, masalah air bukan sahaja menjadi bebanan bahkan kampung itu juga kerap dilanda banjir kilat.

“Adik datanglah masa hujan lebat dan lihat sendiri keadaan di kampung ini. Sudah macam kawasan tadahan air hujan sebab banjir pernah mencecah ke paras pinggang. 

“Punca utama sebab air deras yang mengalir di bukit berhampiran Universiti Nottingham mengalir masuk ke kawasan kampung yang agak landai dan rendah di sini,” luahnya. -UTUSAN ONLINE