Dalam kekecohan itu, seorang individu ditahan polis ekoran provokasi antara mereka ketika operasi yang disertai kira-kira 100 penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak.

Difahamkan, operasi merobohkan gerai terbabit ditangguhkan sehingga perbincangan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, Gabungan NGO-NGO 1Malaysia (GN1M) dan PTD Gombak mencapai kata putus.

Isu berkenaan timbul selepas PTD Gombak mengeluarkan notis arahan pengosongan gerai pada 20 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Berdasarkan notis tersebut, peniaga premis di kawasan rizab jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu diberikan peluang untuk berniaga selama 26 tahun di atas tanah milik kerajaan bermula 1991 hingga 2017. - UTUSAN ONLINE