Yang Dipertua (YDP) MPKj Mohd. Sayuthi Bakar berkata, melalui sistem ini pengguna boleh mencetak lesen yang dipohon selepas pembayaran dibuat menggunakan kad kredit atau visa.

“Lesen tidak berisiko ini hanya melibatkan kelulusan teknikal dan tidak memerlukan sokongan serta ulasan jabatan atau agensi kerajaan di luar pihak berkuasa tempatan dan mempunyai beberapa syarat lain.

“Pautan itu boleh diakses melalui web utama MPKj iaitu http://www.MPKj.gov.my,”katanya selepas merasmikan pelancaran majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ROSKHOIRAH YAHYA