Yang Dipertuanya, Abdul Hamid Hussain berkata, IBR merupakan inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mewujudkan suasana kerja yang bebas daripada penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Lafaz ikrar dan janji ini dilaksanakan secara sukarela, mereka akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada gejala rasuah selama memegang jawatan.

“Selain itu, pelaksanaan IBR juga bertindak sebagai amaran serta usaha organisasi dalam membanteras aktiviti jenayah rasuah,” katanya ketika berucap dalam Majlis IBR peringkat MPAJ di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah. - UTUSAN ONLINE