Insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 malam ini sebelum tiga jentera Bomba dan Penyelamat masing-masing dari balai Sungai Pinang, Kota Raja dan Andalas tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian. 

Ketua Cawangan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, seramai 13 anggota temasuk tiga pengawai telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran berkenaan. 

“Bagaimanapun api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. 

“Hasil pemeriksaan, kita dapati kebakaran membabitkan lima buah premis gerai yang mana dua daripadanya musnah sepenuhnya manakala tiga lagi mengalami kerosakan di bahagian bumbung. 

“Kesemua premis gerai terbabit berkeluasan 18.5 meter persegi,” katanya di sini hari ini. 

Tambah Alimaddia, setakat ini pihaknya masih mengenalpasti punca kebakaran termasuklah nilai kerugian. - UTUSAN ONLINE.