Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan tarikh itu semasa pengurusan  kes berkenaan di hadapan beliau.

Tarikh perbicaraan lain adalah 6 Disember dan 12 hingga 14 Disember ini.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan mahkamah pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya tujuh saksi.

Selain itu, mahkamah mengekalkan 27 Ogos ini untuk sebutan semula kes dihadapi pelakon itu.

Sementara itu, Nor Ariffin turut memaklumkan supaya pihak pembelaan mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara sebelum tarikh perbicaraan bermula.

Awal tahun ini, Farid Kamil berdepan dengan empat pertuduhan,iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat serta satu tuduhan menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC) iaitu ganja. - UTUSAN ONLINE