Susulan kejayaan tersebut, 5,050 naskah al-Quran meragukan itu dirampas selepas serbuan dibuat di Zon Bebas Pelabuhan Klang di sini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis al-Quran antaranya Al-Mumayyaz,Al-Hadi, An-Nur dan Al-Thayyib.

Kesemua al-Quran yang diseludup di dalam 192 kotak itu tidak diisytiharkan dalam dokumen JKDM, yang mana berselindung di sebalik barangan lain seperti pakaian.

FEISAL MOHAMED ALI menunjukkan naskhah al-Quran yang tidak mengikut undang-undang dirampas dalam sa

FEISAL MOHAMED ALI  menunjukkan naskhah al-Quran yang tidak mengikut undang-undang dirampas dalam satu serbuan di Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE/ SHAHARANI SAIBI

Pengarah KDN Negeri Selangor, Feisal Mohamed Ali berkata, sejurus menerima maklumat daripada JKDM, sepasukan anggotanya telah pergi ke lokasi dan menemukan al-Quran tersebut.

Menurut Feisal, pihaknya mendapati al-Quran tersebut tidak diisytiharkan dan tidak mengikut undang-undang ditetapkan seperti dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci dibuat dalam bahasa itu.

“Pemeriksaan bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mendapati al-Quran tersebut tidak mengikut resam Uthmani seperti ditetapkan kerajaan.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati al-Quran dari Indonesia ini adalah untuk pasaran tempatan dan dijual secara dalam talian yang mana bagi saiz 8 inci berharga RM80 manakala A4 pula RM120 bagi setiap naskhah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) dan Seksyen 8 Akta Pencetakan Teks al- Quran (APTQ)1986 iaitu teks al-Quran yang diimport. - UTUSAN ONLINE