Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan bercemar duli menyertai kayuhan yang berlangsung sekitar Shah Alam. Turut menyertai kayuhan ialah Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Raja Muda Perlis sering menyertai program kayuhan bersama rakyat, terutama menyantuni rakyat di Perlis.

Bagi acara hari ini baginda juga berkenan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih Bestari pada majlis makan tengah hari.

Sempena program hari ini Raja Muda Perlis turut mengambil kesempatan merasmikan bangunan Wrapxpert Gallery di Glenmarie. - Utusan Online