Pengerusi Persatuan Penduduk TLP  8, Syahril Akmar Abu Bakar berkata, masalah itu timbul berikutan kegagalan pemaju menguruskan proses tuntutan hak milik kediaman selepas diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun lalu.


“Jika dihitung ada yang sudah 18 tahun mereka mendiami kawasan perumahan jenis banglo, semi-D, teres, kondominium dan pangsapuri di sini namun sehingga kini hak milik kediaman tidak diberikan pemaju.


“Sehubungan itu, kami memohon sokongan dan bantuan Siti Mariah agar menyelesaikan kemelut berpanjangan ini bagi memudahkan penduduk menyelesaikan urusan jual beli rumah, pemindahan milik dan wakaf,” katanya.


Syahril Akmar berkata demikian ketika ditemui selepas sesi pertemuan dan majlis ramah mesra pengerusi-pengerusi TLP 1 hingga 8, Desaminium Flora dan Seri Indah bersama ADUN Seri Serdang itu di TLP 8, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE