Malah, pengunjung berpeluang merasainya sendiri menerusi perjalanan menyeramkan selama 20 minit menerusi The Ghostbusters Adventure Live.

Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway, Calvin Ho Ch’an Hin berkata, rumah hantu itu adalah satu lagi tarikan baharu yang ditawarkan Sunway Lagoon Sdn. Bhd. (Sunway Lagoon) bersempena tayangan filem Ghostbusters pada Julai lalu.

“Ini adalah satu daripada 90 tarikan lain sedia ada di taman tema terkenal ini dan merupakan yang pertama di dunia.

“Pengembaraan ini merupakan satu perjalanan yang direka khas untuk pengunjung merasai seram, takut dan elemen kejutan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran The Ghostbusters Adventure Live, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir adalah Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo Shyang Lin dan Pengarah The Sudden Impact Entertainment, Lynton V. Harris.

Calvin berkata, pengembaraan tersebut seolah-olah membolehkan pengunjung berinteraksi dengan watak Ghostbusters dan hantu dalam filem berkenaan.

“Pegembaraan bermula dari Slimer Pad sehingga ke Aldrige Mansion iaitu rumah swasta tertua di New York yang memaparkan kisah seram mengenai kematian Getrude Alridge.

“Kemudian pengunjung dibawa ke New York Subway’s Seward Street Station dan Old Zhu’s Chines Restaurant, diikuti Rowan’s Basement, Mercado Hotel di mana mereka akan sentiasa dikejutkan dengan watak hantu yang menakutkan,” katanya.

Beliau berkata, rumah hantu yang dilancarkan sejak tujuh tahun lalu itu dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang

“Tiket yang ditawarkan adalah RM150 bagi 12 tahun ke atas dan RM120 untuk 12 tahun ke bawah,” ujarnya lagi.