Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan kerajaan negeri telah berjanji untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

“Pembangkang telah berjanji dalam manifesto PRU yang lepas bahawa sekiranya mereka menang di Selangor, mereka akan melaksanakan sistem pendidikan percuma kepada semua institut pengajian tinggi di negeri ini.

“Tetapi apa yang kita lihat sehingga kini janji itu tidak ditunaikan dan menifesto tersebut hanyalah bersifat sandiwara dan untuk menipu rakyat bagi meraih undi,” katanya selepas mengadakan demonstrasi aman di hadapan Universiti Selangor (Unisel) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE