Program yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 2 petang itu diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya menggaul yee sang, persembahan tarian singa selain penampilan pemuzik tradisional Cina.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman berkata, majlis itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dan perkongsian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Diharapkan usaha ini dapat mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE