Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Remaja meninggal dunia selepas enam bulan koma akibat kemalangan

KUALA SELANGOR 16 April - Seorang remaja berusia 15 tahun yang koma selama enam bulan akibat kemalangan jalan raya pada 30 Oktober tahun lepas meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

MUHAMMAD AFIF SYAZWI
MUHAMMAD AFIF SYAZWI

Mangsa, Muhammad Afif Syazwi yang berasal dari Tali Air 2, Sungai Burong di sini menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 9.31 malam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan di hospital itu sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kematian mangsa selain menyatakan pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu.  

Mengulas lanjut mengenai kejadian kemalangan itu, Ruslan memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai telah melanggar sisi kanan sebuah motosikal lain jenis Honda Wave yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang datang dari Sungai Sireh menghala ke Ban Kenal di sini.

Mangsa ketika itu katanya, menunggang motosikal jenis Yamaha Sport dari arah yang sama.

"Motosikal yang dinaiki dua remaja itu kemudiannya membelok ke kanan untuk masuk ke Lorong 9 Sungai Sireh. Bagaimanapun, mangsa dikatakan gagal memberhentikan motosikalnya dan melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki dua remaja terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah koma di Hospital Sungai Buloh. Sementara itu, penunggang motosikal Honda Wave mengalami patah tangan kanan manakala pemboncengnya patah kaki sebelah kanan dan kiri," ujar Roslan.

Dalam pada itu, Ruslan memberitahu kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kematian mangsa, siasatan ditukar di bawah Seksyen 41(1) akta sama iaitu memandu secara melulu dan menyebabkan kematian. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain