Perasmian pameran yang dianjurkan oleh Yayasan Restu itu disempurnakan baginda dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, di sini sambil diiringi Pengerusi yayasan itu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Hadiri sama mengiringi baginda ialah Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir dan Ketua Hakim Syarie Negeri, Mohammad Adib Husain.

Rehlah Nabawiyyah merupakan pameran pertama diadakan di rantau Asia Tenggara yang menampilkan pameran mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW secara interaktif bagi menarik orang ramai mengenali, memahami serta mendalami peribadi Rasulullah sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda sepanjang menyebarkan syiar Islam. - UTUSAN ONLINE