Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Markiman Kobiran berkata, program tersebut adalah bertujuan untuk menghargai jasa mereka khususnya agensi penguatkuasa dalam menjada keamanan di kawasan ini.

“Dalam program itu, kita bermula di kawasan Hulu Langat sehingga ke Kajang dengan mengagihkan bungkusan makanan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Klinik Kesihatan.

“Ia merupakan kesinambungan program sebelum ini yang menjadi tradiri menjelangnya bulan puasa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

HABIS//