Berkereta ke sini bermakna seseorang perlu berlegar dua atau tiga pusingan menunggu kenderaan lain keluar atau meletakkannya sesuka hati.

Masalah ke­kurangan kawa­san letak kenderaan di kawasan tum­puan orang ramai itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dengan kehadiran penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi yang turut menempatkan beberapa bangunan komersial mendapati, terdapat peniaga terutama pengusaha pusat servis kenderaan dikesan menggu­nakan petak letak kenderaan yang tidak disewa demi kepentingan perniagaan.

Bukan satu atau dua, malah lebih lima petak ken­deraan berwarna kuning dimonopoli sekali gus mengurangkan bilangan parkir untuk pengunjung yang datang membeli tiket atau menaiki bas di Hentian Kajang.

Berdasarkan pemerhatian, ter­dapat lebih enam pusat servis kereta beroperasi di Jalan Hentian 1B, Jalan Hentian 2, 3, 4 dan 6 yang menyaksikan kesemua pre­mis itu bagaikan ‘menakluk’ kemudahan disediakan.

Peniaga dilihat meletakkan kon atau apa sahaja barangan di petak hadapan premis masing-masing sewaktu operasi perniagaan dijalankan.

Senario itu menyebabkan o­rang ramai tidak berani me­ngalihkan kon tersebut kerana tindakan sedemikian mungkin mengundang kemarahan pekerja pusat servis.

Pemerhatian juga mendapati, petak letak kenderaan di hadapan premis mereka juga didapati kosong sedangkan kemudahan sama di kedai berdekatan dipenuhi kende­raan.

Orang ramai ketika ditemui ber­kata, situasi berkenaan dilihat berlaku sejak beberapa tahun lalu dan tindakan tegas perlu diambil penguat kuasa bagi memastikan ia tidak berte­rusan atau ia akan mengundang persepsi negatif.

Difahamkan, setiap petak le­tak kenderaan berwarna ku­ning itu adalah untuk kegunaan awam dan perlu dibayar de­ngan cara mempamerkan kupon tempat letak kereta pada kende­raan masing-masing.

Bagaimanapun, jika masalah itu berlaku, ia bukan sahaja menambahkan kesulitan memandangkan petak letak ken­deraan yang disediakan terhad dan tidak mencukupi malah memberikan kerugian kepada pihak berkuasa tempatan.