Pengarah Teknikal Maju Holdings Sdn. Bhd., Richard Whitehead berkata, projek sepanjang 18 kilometer itu membabitkan pembinaan laluan tiga lorong sehala bermula dari persimpangan Putrajaya di sini hingga ke Lebuhraya KLIA.

“Projek ini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober atau November tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian majlis Mega Toolbox 2018 di sini hari ini.

Program Mega Toolbox 2018 merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan untuk mengelak risiko bahaya di tapak kerja.

Dalam pada itu, Whitehead berkata, apabila siap sepenuhnya projek tersebut, perjalanan bermula dari persimpangan Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur hingga ke KLIA dijangka mengambil masa hanya 30 minit. - UTUSAN ONLINE