Kehadiran Perdana Menteri dalam majlis anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) itu disambut Menteri Pengangkutan, merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. 

Turut sama mengiringi Perdana Menteri ialah Presiden ACCCIM, Tan Sri Ter Leong Yap serta kepimpinan gabungan pertubuhan bukan kerajaan itu yang mewakili sektor perniagaan dan industri di negara ini. 

Sementara itu, Najib ketika berucap menyifatkan sambutan dan makan malam tersebut diibaratkan pertemuan semula ACCCIM dengan kerajaan sekaligus memperbaharui komitmen untuk memastikan kemakmuran Malaysia pada masa depan. 

“Pertemuan semula ini penting di antara ACCCIM dengan kerajaan Malaysia. ACCCIM sentiasa dikenalpasti dan diiktiraf sebagai jambatan di antara komuniti Cina dengan kerajaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE