Deritanya berpanjangan apabila lima tahun lalu Alizawati terjatuh ketika berada di rumah sehingga menyebabkan pergerakannya semakin sukar.

Namun, kekurangan itu bukanlah alasan untuk dia meminta ehsan bantuan orang ramai.

Sebaliknya suri rumah tersebut hanya mengharapkan ada pi­hak sudi menawarkan kerja untuk­nya.

“Saya berharap ada pihak yang sudi memberi saya kerja sambilan di rumah bagi membantu suami saya yang bekerja di sebuah kilang di Teluk Panglima Garang.

“Sebelum menjadi suri rumah saya bekerja di sebuah bank dan berhenti disebabkan ekonomi gawat pada tahun 1998,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Sijangkang di sini .

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli dan Ketua Pemuda bahagian, Jefrizal Mohd.Jaafar.

Azilawati yang mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 17 tahun itu berkata, keadaan kakinya ketika ini semakin teruk tetapi yakin masih boleh melakukan kerja-kerja ringan.

Sementara itu, Sulaiman ber­kata, pihaknya menyampaikan bantuan kerusi roda bagi memudahkan wanita itu bergerak se­lain turut memberikan sedikit wang tunai.

Katanya, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Azilawati di talian 012-9311335.