bagi membendung masalah gangguan kera liar yang dialami penduduk Taman Seri Putra, Bandar Seri Putra di sini.

Pengarah Bahagian Juruperunding Jabatan Perhilitan, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, operasi memasang perangkap di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan mamalia itu dilakukan sejak Selasa lalu.

“Pemasangan perangkap-perangkap kecil itu merupakan sebahagian daripada tindakan awal Perhilitan untuk mengatasi masalah gangguan kera liar di kawasan itu selepas pemantauan dilakukan.

“Buat masa ini penduduk dinasihatkan supaya mengambil langkah keselamatan dengan tidak membiarkan pintu dan tingkap rumah terbuka bagi mengelak pencerobohan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE