Keadaan lebih berisiko pada waktu malam serta ketika musim hujan kerana laluan tersebut agak gelap.

Utusan Malaysia difahamkan, sebelum ini berlaku beberapa kemalangan kecil membabitkan penunggang motosikal.

Menurut penduduk setempat, jalan di laluan itu sebenarnya sudah lama di selenggara tetapi proses dan kualiti kerjanya sa­ngat mengecewakan kerana ia bukan sahaja tidak ditampal dengan elok tetapi terlalu mudah rosak.