Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penunggang motosikal maut dirempuh lori 

Keadaan mayat mangsa, Chong Chee Ho, 24, akibat dirempuh sebuah lori di di Kilometer 70, Jalan Teluk
Keadaan mayat mangsa, Chong Chee Ho, 24, akibat dirempuh sebuah lori di di Kilometer 70, Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam semalam.

SABAK BERNAM 19 Mac - Seorang penungang motosikal maut dipercayai akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 70, Jalan Teluk Intan-Klang di sini petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Chong Chee Ho, 24, sebelum itu dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Suzuki RG Sport dari arah Taman Aman di sini menuju ke sebuah simpang keluar ke Jalan Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supertintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan keluar daripada simpang berkenaan namun pada masa sama lori terbabit berada di laluan utama menuju ke arah Klang. 

"Akibatnya, pemandu lori gagal terbabit gagal mengawal kenderaan dan melanggar mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini semalam. 

Tambah Nor Azmi, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. 

"Bagaimanapun, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah membuat laporan di Balai Polis Trafik Sabak Bernam," katanya yang turut memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain