Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, dalam kes tersebut pegawai penguat kuasa itu hanya menjalankan tugas, namun peniaga terbabit tidak memberikan kerjasama dan menghalang kakitangannya menjalankan tugas.

“Kita tidak nampak sebarang kesalahan cuma dilihat provokasi melampau daripada peniaga tersebut. Bagaimanapun, MPK akan memanggil pegawai terbabit untuk meminta penjelasan sebenar berhubung insiden berkenaan.

“Peniaga terbabit juga turut melakukan kesalahan kerana menjual air dalam balang kerana kita hanya membenarkan barangan kering sahaja seperti pakaian, aksesori dan minuman dalam tin sahaja.

“Oleh demikian, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE