Mewakili penduduk, P.Puvandran mendakwa, pengagihan tanah lot itu tidak adil dan telus kerana diberikan kepada individu bukan dari kawasan Sungai Yu, tetapi dari negeri lain seperti Perak dan Pulau Pinang.


“Tahun lalu, kita telah mengadakan bantahan, tetapi pejabat daerah ini memberitahu supaya kami membawa bukti.


“Sekarang ini, kami telah membawa bukti yang jelas menyatakan bahawa mereka yang mendapat tanah bukan dari Sungai Yu, tetapi mengapa pegawai terbabit tidak mahu berjumpa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE