Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, buat masa ini sebahagian besar pelajar bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra dan SMK Engku Husain yang turut menjadi tumpuan pelajar di kawasan lain.

“Walaupun keadaan masih lagi terkawal namun, cuba bayangkan apa yang berlaku apabila satu kelas terpaksa memuatkan 55 hingga 60 pelajar seperti di SMK Engku Husain.

“Permohonan telah dibuat dan kami masih lagi menunggu kelulusan daripada kerajaan, diharap permintaan penduduk akan menjadi realiti untuk mempunyai sekolah baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Transformasi Sosial di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE