Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baharu, Aisah Mahidin berkata, seramai 18 penduduk terlibat memasang bendera itu.


“Usaha kami ini adalah untuk menzahirkan rasa kecintaan dan kesyukuran penduduk terhadap nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.


“Antara tempat yang menjadi tumpuan pemasangan bendera itu seperti di persimpangan jalan antaranya di sekitar Jalan Dungun, Jalan Haji Mahmud dan Jalan Sekolah Agama Kampung Baharu,” katanya.


Menurut Aisah, pihaknya akan memasang lagi Jalur Gemilang di kampung itu sehingga menjelang sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September depan. - UTUSAN ONLINE.