Kali ini, tradisi itu diteruskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang turut melibatkan masyarakat setempat pelbagai kaum.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd.Jaafar berkata, tradisi turun temurun itu kini turut disertai semua masyarakat yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang .

“Program ini bukan sekadar me­ngacau dodol, tetapi mempunyai banyak kelebihan antaranya meraikan keberkatan Ramadan dan Aidilfitri serta mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di Taman Seri Medan Jaya, di sini.

Yang hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, Datuk Nordin Selamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat, Asuma Beevi Mohd. Sali.

Program yang bermula selepas solat terawih kira-kira pukul 10 malam sehingga pukul 5.30 pagi melibatkan kira-kira 70 penduduk setempat.