Bagaimanapun, mangsa, R.Bala Murugan,39, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mengalami sakit pada bahagian kaki kiri akibat tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.44 petang dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah lori telah terbabas dan memasuki parit sebelah kanan jalan raya.

"Kita menggunakan peralatan hidrolik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Tambahnya, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa selama 35 minit dengan kekuatan seramai 11 anggota.-UTUSAN ONLINE