Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pemaju tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika menjalankan projek itu sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

“Kita faham projek ini bakal memberi manfaat dan kepentingan kepada rakyat namun, Namun isu ketidakselesaan penduduk ini perlu diselesaikan.

“Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan didapati terlalu dekat dengan kediaman penduduk malah ada yang terletak dalam jarak kurang 10 meter sahaja dengan halaman rumah penduduk,’’ katanya.

Johan berkata, pihak pemaju sepatutnya menitikberatkan pematuhan SOP kerja kerana ia melibatkan keselamatan penduduk.

“Selain itu, penduduk juga tidak dimaklumkan berapa lama kerja-kerja pembinaan itu akan selesai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE