Timbalan Ketua Biro Perkhid­matan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Ben Liew Pok Boon ber­kata, sikap ambil mudah pe­kerja pembersihan yang membuang sampah sarap turut menjadi punca longkang tersumbat.

Beliau berkata, masalah tersebut bukanlah baharu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil pihak bertanggungjawab.

“Aduan berhubung perkara itu telah dikemukakan penduduk berulang kali sejak setahun lalu.

“Penduduk bimbang setiap kali hujan lebat berpanjangan, kawasan perumahan mereka akan dilanda banjir kilat, longkang melimpah sehingga memasuki rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Ben Liew, Majlis Perbandaran Ampang Jaya sepatut­nya mengambil berat masalah yang dihadapi penduduk dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, penduduk di kawasan ini juga berharap pihak yang berkenaan dapat menyediakan lampu jalan memandangkan suasananya gelap dan bahaya pada waktu malam.

Sementara itu, seorang penduduk Lee Boo Pin, 82, berkata, setiap pagi dia terpaksa mengambil alih kerja kontraktor pembersihan PBT itu dengan menyapu daun-daun yang berselerak di jalan raya berhampiran rumahnya.

“Jika tidak berbuat demikian, daun-daun kering akan memenu­hi jalan memandangkan sisa ber­kenaan dikutip dua kali sebulan sahaja,” katanya.