Penyerahan surat itu dilakukan sendiri Pesuruhjaya Pas Negeri, Sallehen Mukhyi kepada Pengawal Pengiring baginda, Kepten Ahmad Ramli Kardi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak itu hadir ke Istana Mestika, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 2 petang ini.

Surat tersebut difahamkan telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sementara itu, Sallehen ketika dihubungi di sini mengesahkan perkara itu. - UTUSAN ONLINE