Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, sistem tersebut bertujuan menguruskan kawalan letak kereta di Petaling Jaya dan sebagai kaedah alternatif bayaran caj letak kereta dengan menggunakan sistem berkenaan.

“Pelaksanaan ini melibatkan seluruh kawasan letak kereta ‘on-street’ di Petaling Jaya dengan tidak melibatkan sebarang perubahan kadar caj letak kereta seperti yang dikuatkuasakan pada masa sekarang.

“Kupon tersebut boleh dibeli daripada ejen jualan yang dilantik dan senarai ejen berkenaan boleh didapati di laman sesawang MBPJ di www.mbpj.gov.my,” katanya dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan sistem tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE