Perkara itu dimaklumkan Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad selepas aplikasi itu dilancarkan oleh Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini. 

Katanya, aplikasi i-Adu yang dibangunkan oleh MBSA dan boleh dimuat turun melalui telefon bimbit itu adalah antara usaha pihaknya memberi nilai tambah dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu kepada orang ramai. 

" Aplikasi i-Adu ini diharapkan akan memudahkan orang ramai membuat aduan, maklum balas dan semakan serta penilaian tahap kepuasan terhadap aduan yang dibuat. 

"Ia juga merupakan, tambahan kepada saluran aduan yang sedia ada seperti surat, portal dan talian bebas tol 1800-884477," katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Tambah Shahrin, pihaknya amat mengalu-alukan orang ramai membuat aduan menggunakan aplikasi tersebut bagi memudahkan tindakan segera diambil oleh jabatan-jabatan di bawah MBSA sekaligus menjadikan Shah Alam sebagai sebuah bandar raya mampan. - UTUSAN ONLINE