Nurulhuda muncul pegawai wanita kedua yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah di Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar menjadi wanita pertama dilantik bagi jawatan serupa.

Pelantikan Nurulhuda tersebut bagi menggantikan Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang bertukar secara silang dengan jawatan yang dipegang beliau sebelum ini.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di perkarangan Balai Polis Kapar itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor. - UTUSAN ONLINE