Menurut laman Facebook Selangor Royal Office, Almarhum merupakan Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga kerabat diraja Selangor tertua mangkat pada usia 91 tahun.

Jenazah Almarhum dijangka dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Istana Diraja kira-kira pukul 4 petang ini sebelum di bawa ke Makam Diraja Klang untuk disemadikan dengan istiadat diraja kira-kira pukul 5.45 petang.

Almarhum Tengku Aris Muhammad Yusof diputerakan pada 28 April 1926 dan merupakan salah seorang daripada 25 putera, Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah. - UTUSAN ONLINE