Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu, program berkenaan akan diadakan di Jalan Perniagaan Ara, JRD Bandar Baru Batang Kali dekat sini.

“Pelbagai jualan bakal dinikmati pengunjung antaranya gerai sayur-sayuran, minuman, ikan, buah-buahan serta makanan sejuk beku.

“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.