SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 164 buah tong RORO bersaiz tiga tan akan diletakkan di kawasan sekitar bandar raya ini iaitu dari Seksyen 1 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

Menurutnya, perkhidmatan secara percuma itu bermula dari 12 Oktober sehingga 7 November ini yang mana MBSA akan meletakkan tong RORO di lokasi sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk.

“MBSA berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa,” katanya di sini, hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1643 dan 1316. - UTUSAN ONLINE