Pelaksanaan operasi itu dimaklumkan Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad, yang mana operasi itu telah bermula semalam dan akan diteruskan setiap minggu. 


“Semalam, kita telah memulakan operasi penyitaan di kawasan Seksyen 7, Seksyen 33 dan Seksyen U20. Sebanyak 41 buah premis dikenakan tindakan membabitkan kilang, dan bengkel membabitkan jumlah RM93,938.25. 


“MBSA sentiasa tegas dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Fokus utama kita bukanlah untuk menghukum, tetapi tindakan penyitaan itu sebagai satu peringatan kepada semua pihak akan tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai taksiran masing-masing,” katanya. 


Ahmad Shahrin berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini selain meminta semua pihak yang masih belum menjelaskan cukai taksiran masing-masing supaya berbuat demikian sebelum 28 Februari ini. 


Tambahnya, sehingga 31 Disember 2017, sejumlah RM37.6 juta tunggakan cukai taksiran masih belum dijelaskan oleh pemegang harta di bawah pentadbiran MBSA. - UTUSAN ONLINE.