Pembukaan kaunter bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat terutama pada waktu puncak.

“Pembukaan kaunter berkenaan juga diharap dapat menggalakkan dan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan MBPJ di lokasi berhampiran tempat tinggal mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lokasi kaunter bergerak akan dibuka di PJU 10, Damansara Damai (1 Jun - 4 Jun) , SD 12/1 (11 Jun - 12 Jun) dan (21 Jun - 26 Jun) dan SS24, Taman Megah (5 Jun - 10 Jun).

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my - UTUSAN ONLINE