Seorang pemandu lori, Farul Faezal Mohmammad Fuzi, 32, berkata, isu tersebut berlarutan sejak lima bulan lalu dan sehingga kini tiada tindakan baik pulih da­ripada Majlis Perbandaran Am­pang Jaya (MPAJ).

“Tayar, rim kereta dan bum­per pecah merupakan perkara bia­sa akibat hentakan kuat setelah memasuki lubang itu. Semakin lama semakin besar lubang pada permukaan jalan tersebut.

“Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kami meletakkan kayu dan kon sebagai tanda amaran kepada pengguna,” katanya kepada dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Ben Liew Pok Boon di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Pok Boon pula berkata, jalan ter­sebut merupakan laluan utama lebih 5,000 penduduk di kawa­san berkenaan.

“Penduduk dan peniaga setempat telah membuat aduan, namun sehingga kini tiada tindakan daripada MPAJ. Kami bimbang jika tia­da kerja-kerja baik pulih de­ngan segera, kejadian lebih buruk akan berlaku,” katanya.

Beliau mendakwa, pada Februari lalu MPAJ melaksanakan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut melibatkan sistem perparitan dan laluan pejalan kaki de­ngan kos sejumlah RM850,000.

“Bagaimanapun tidak sampai empat bulan, jalan tersebut berlubang dan perparitan tersumbat lalu mengakibatkan banjir kilat. Saya berharap kerajaan negeri bertanggungjawab atas perkara ini,” katanya.