Mangsa, Sabran Tahir, 45, bekerja di sebuah kilang di Klang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.16 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM Bonus SR 110 dalam perjalanan dari Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun yang berada bersebelahan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Azizan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE