Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian besar laluan penduduk taman perumahan di Jalan BK 2/7 dan Jalan BK 2/12 itu serba daif dan uzur.

Ini termasuk keseluruhan Jalan BK 2/11 yang mengelilingi kawasan premis komersial berhampiran.

Laluan sibuk sekitar taman perumahan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya yang me­nempatkan tiga buah sekolah itu seolah-olah diabaikan pihak berwajib.

Sehubungan itu orang ramai yang ditemui menggesa pihak berkuasa tempatan itu segera turun padang melaksanakan kerja-kerja baik pulih bagi keselamatan dan keselesaan.