Acara yang bermula seawal 6.30 pagi itu ternyata menjadi medan kepada pencinta aktiviti lasak menguji mental dan fizikal mereka.

Bukan sekadar larian biasa, peserta perlu melalui pelbagai halangan termasuk laluan berbukit, menyusuri denai hutan serta laluan jalan di kawasan perkampungan.

Seorang peserta, Ahmad Fitri Ahmad Fauzi, 30, berkata, acara larian berhalangan itu bukan sahaja dapat menguji ketahanan stamina seseorang, tetapi juga membentuk gaya hidup sihat.

Menurutnya, selain itu pengalaman baharu juga dapat diperoleh disamping mengimbau kenangan sewaktu kecil.

“Acara larian ini tidak pernah lenyap dan padam begitu sahaja kerana mengalir dalam darah sejak kecil lagi.

“Saya serius menyertainya sejak hampir setahun lalu dan dijadikan acara wajib sekali dalam sebulan ,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut berkongsi pengalaman peserta wanita, Siti Mariah Abd. Rahman, 26,.

Beliau berkata, acara larian berhalangan yang disertai amat mencabar dan menyeronokkan.

“Acara ini merupakan satu perlumbaan lasak rentas halangan dan berbeza dengan acara larian biasa.

“Penglibatan saya dalam acara ini membuktikan wanita juga mampu melakukan aktiviti lasak,” katanya.