Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Laluan perumahan jadi jalan pintas kenderaan

Penduduk gesa pihak berkuasa selesai segera isu

SEKUMPULAN penduduk Kampung Budiman,  Klang, Selangor   menunjukkan
SEKUMPULAN penduduk Kampung Budiman, Klang, Selangor menunjukkan jalan utama perumahan itu yang digunakan kenderaan berat setiap hari.

KLANG 21 Ogos - Terpaksa memperjudikan nyawa setiap hari ekoran laluan di kawasan perumahan mereka dijadikan ‘lebuh raya’ oleh kenderaan berat sejak lebih dua tahun lalu, hari ini kesabaran penduduk Kampung Budiman, di sini, sampai ke kemuncaknya apabila mendesak masalah itu diselesaikan segera pihak berkuasa.

Tampil dengan sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekumpulan penduduk Kampung Budiman mengadakan sidang akhbar bagi menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kegagalan pihak berkuasa bertindak walaupun berulang kali laporan dibuat.

Lebih-lebih lagi selepas berlaku beberapa kemalangan maut.

Wakil penduduk, Bahar Kha­fandi, 52, berkata, pelbagai jenis kenderaan berat termasuk lori tanah dan lori 10 tan menggunakan laluan di taman tersebut sebagai jalan pintas setiap hari sejak lebih dua tahun lalu.

“Kami bimbang jika keadaan ini berterusan ia hanya akan me­ngundang nahas jalan raya lebih buruk kerana sebelum ini pun berlaku beberapa kes termasuk kemalangan maut melibatkan pelajar sekolah.

“Apa yang dikesalkan pihak berwajib seolah-olah tutup mata dalam perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Yang turuh hadir Pengerusi Gerakan Meru Prihatin, Hassan Kuthoos.

Menurut Bahar, penduduk kecewa apabila pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Da­rat (SPAD), Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak bertindak sehingga ke hari ini bagi mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Shahadan Ke­­mat, 49, berkata, la­luan di kawasan perumahan mereka juga kini rosak teruk akibat dilanyak kende­raan berat pada setiap hari.

Menurutnya, pihak berwajib perlu memandang serius isu keselamatan lalu lintas di kawasan itu.

“Takkan hendak tunggu ada nyawa yang melayang lagi baharu kita mula menuding jari antara satu sama lain, pihak berkuasa kena­lah buat sesuatu kerana menyesal kemudian tiada gunanya,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain