Menggunakan resipi turun-temurun, Husin Abdul Ghafur berkata, tidak seperti peniaga di bazar Ramadan lain, dia adalah peniaga nasi briyani tulen.

Katanya, selain berniaga di bazar Ramadan, dia sendiri mempunyai restoran tetap di tempat letak kereta Stadium Shah Alam.

“Resepi istimewa ini diajar arwah ayah saya, Abdul Ghafur Abdullah semasa saya berusia belasan tahun dan sekarang saya mampu menjual 500 bungkus sehari de­ngan harga antara RM5 hingga RM10 mengikut jenis lauk,” katanya.