Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak USJ 16-18, Amran Ahmad memberitahu, ICU perlu bertindak tegas terhadap kontraktor yang tidak cekap dan gagal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada November lalu.

Beliau berkata, akibat sikap sambil lewa kontraktor itu penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa mengerjakan solat Jumaat di tapak letak kende-raan surau Al-Madi-niah seperti sebelum ini kerana ruangnya yang kecil.

“Sejak 10 tahun yang lalu setiap kali Jumaat atau pun perayaan pasti ada jemaah yang terpaksa mengerjakan solat di luar surau. Kea-daan itu lebih sukar apabila pada waktu hujan.

“Oleh itu, pembinaan masjid tersebut memberi sinar baharu kepada penduduk yang beragama Islam di kawasan ini agar dapat beribadat di tempat yang lebih selesa. Kami difahamkan masjid berkenaan dapat menampung kira-kira 2,500 jemaah,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Amran, sehingga hari ini kontraktor tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyi­apkan projek berkenaan walaupun tempoh siap dilanjutkan oleh ICU sehingga April 2019.

“Bagaimanapun, kami sangat terkilan apabila melihat progres pembinaannya yang lambat iaitu 23 peratus siap pada waktu ini tambahan pulak didakwa bahan binaan yang kurang menyukarkan pekerja untuk me-lakukan kerja.

“Penduduk berharap pihak yang berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian segera apatah lagi masjid bernilai RM9.8 juta itu turut menggunakan tabung kariah,” katanya,