Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi apabila beliau menyifatkan kejayaan individu dalam pebagai bidang termasuklah para pemimpin pada hari ini adalah bermula daripada ilmu yang dicurahkan oleh golongan itu. 

“Justeru dalam era baharu ini, peranan golongan pendidik sudah tentunya semakin mencabar. Maka kerjasama erat daripada masyarakat, kerajaan dan pelbagai pihak amat diperlukan bagi memacu negara dan negeri pada masa depan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis sambutan Hari Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, di sini hari ini. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengetua SMK Seksyen 9, Ahmad Kamal Idris serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Datuk Nasri Nasrun. - UTUSAN ONLINE